| Kerajaan Anjurkan Karnival 'Kelantan Fiesta 2009' |
|
|
|
| Ditulis oleh Administrator | |
| Ahad, 26 Julai 2009 | |
KUALA LUMPUR, 4 Syaaban 1430 - Rakyat Kelantan akan dapat menyaksikan Karnival “Kelantan Fiesta 2009” Oktober ini,program yang diilhamkan oleh kerajaan negeri ini adalah hasil keperihatinan Perbadanan Menteri Besar Kelantan(PMBK) dengan kerjasama Redcarpet Worldwide Sdn Bhd.
Fiesta yang akan berlangsung selama empat hari bermula 28 Oktober hingga 31.Oktober depan akan diadakan di Padang Perdana dan Perkarangan Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Bahru. Fiesta Kelantan 2009 yang julung kali akan diadakan ini adalah berteraskan pengisian pelbagai aktiviti kekeluargaan, sukan rakyat,hiburan selain mengadakan pameran mengenai pendidikan, pertanian, industri kecil dan sederhana, Pelancongan,kesenian dan kebudayaan serta sukan dan rekreasi. Majlis perasmian Fiesta Kelantan 2009 yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat tersebut telah diadakan di Kuala Lumpur yang dihadiri oleh pelbagai agensi pelancongan dan media, turut hadir isteri Menteri Besar,Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato’ Mustapa Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat,Sains dan Teknologi,Dr.Muhammad Fadzli Hassan, Ketua Pegawai Operasi PMBK,Ir.Abdul Ariffahmi Ab. Rahman,Ketua Pegawai Eksekutif Redcarpet Worldwide Sdn Bhd Encik Shahrul Nasrun Kamarudin,Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Kelantan,Abdul Rahman Yunus serta Ketua jabatan kerajaan negeri dan pusat. Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz berkata fiesta itu akan memberikan pendedahan kepada rakyat di Kelantan mengenai perniagaan, pelancongan, pendidikan dan kebudayaan. Katanya fiesta itu akan dijadikan acara tahunan dalam kalendar kerajaan negeri itu.Mudah-mudahan rakyat Kelantan akan terdedah mengenai perniagaan, pelancongan, pelajaran, kebudayaan dan sebagainya. “Karnival sebegini akan dijadikan acara tahunan oleh PMBK dalam membantu kerajaan negeri untuk mempertingkatkan industri pelancongan”ujar beliau. Beliau juga berkata karnival yang diadakan dengan kerjasama kerajaan pusat ini akan menjadi titik tolak dalam menguji keikhlasan kerajaan pusat dalam perkongsian anugerah Allah demi kebaikan rakyat negeri Kelantan. Beliau juga sempat berpantun” Cantik-cantik durian Bangkok,Cantik lagi buah delima,Siapa kata Kelantan Menolak,Asalkan baik kami menerima”. Kelantan yang berpegang kepada konsep Membangun Bersama Islam dan prinsip Ubbudiah,Masuliyyah dan Itqan amat mementingkan kesejahteraan pelbagai kaum tanpa mengira agama dan bagi merialisasikan hasrat kerajaan pusat untuk melahirkan modal insan dari negeri Kelantan, ia seharusnya diisikan dengan ilmu keagamaan kerana amat mustahil insan yang baik boleh dibentuk tanpa ilmu agama. Tuan Guru turut mengakhiri ucapan perasmian Karnival Fiesta Kelantan 2009 dengan serangkap pantun, Durian Kunyit isinya kuning,Dimakan oleh tuan dan puan,Hubungan yang baik damai dan hening,Semoga terjalin demi kesejahteraan. |
|
| Terakhir dikemaskini ( Ahad, 26 Julai 2009 ) |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|